PETALING JAYA: Seramai 195 individu bawah umur dikesan berada di sebuah pusat hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah dalam serbuan polis di daerah Dang Wangi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dengan pemeriksaan keseluruhan melibatkan 431 individu termasuk pengurus, pekerja dan pelanggan premis.

Katanya, daripada jumlah individu bawah umur itu, 93 merupakan lelaki tempatan dan 61 perempuan tempatan, manakala 16 lelaki serta 25 perempuan lagi adalah warga asing.

“Polis turut memeriksa seorang lelaki yang merupakan pengurus premis serta 12 pekerja lelaki dan empat pekerja wanita.