MELAKA: Pengalaman dan kemampuan yang dimiliki calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin mampu diterjemahkan kepada khidmat terbaik untuk kawasan itu.
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan berkata, beliau sudah lama mengenali dan pernah bekerja bersama Azman serta tahu kemampuannya mengendalikan urusan pengurusan dan pentadbiran.
“Dia dulu dengan Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, jadi dia tahu cara-cara untuk mengendalikan pengurusan, insya-Allah.
“Jadi berpengalaman. Kita tawarkan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya kita dapatkan seorang yang berpengalaman, yang boleh membuat kerja dengan baik di Paya Rumput dan juga Melaka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program kempen PH di Paya Rumput di sini hari ini.







