KUALA LUMPUR: Menyambut perayaan Deepavali sebagai seorang suami buat kali pertama, penyanyi dan komposer lagu Tamil, Zubir Khan, menyifatkan ia sebagai satu momen istimewa.

Lebih mengujakan, Zubir atau nama penuhnya Muhammad Zubir Khan Mohamad Ali Khan, 26 itu merasai sendiri keunikan tradisi masyarakat India yang dikenali sebagai 'Thala Deepavali' iaitu sambutan khas buat pasangan pengantin baharu yang diraikan umpama raja sehari.

Kongsi Zubir, layanan istimewa diterimanya ketika berkunjung ke rumah ibu mentuanya di Pahang, meninggalkan kesan mendalam apabila pelbagai hidangan lazat disajikan di atas daun pisang.

"Bila saya dah berkahwin dan isteri saya berbangsa lain serta sudah memeluk Islam, sebelah keluarga dia memang ada perayaan Deepavali iaitu Thala Deepavali khusus untuk pengantin baharu.