HULU TERENGGANU – Gara-gara mengelak sekumpulan monyet yang berkumpul di tengah jalan, dua anggota polis trafik cedera setelah kereta peronda dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah–Tapah berhampiran Kampung Kepah di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, patah tangan kaki manakala rakan sekerjanya, Khairil Azlan Abdul Latif, 44, pula cedera pada bahagian rahang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sedang meronda bagi melaksanakan penguatkuasaan trafik.