PETALING JAYA – Kecekapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengendalikan jengkaut bagi membersihkan kolam ikan patin, mencuri tumpuan orang ramai yang rata-rata kagum melihat kemahirannya mengendalikan jentera berkenaan.
Menerusi video dimuat naik oleh Muhammad Sanusi di media sosialnya, beliau dilihat mengendalikan jengkaut serta melakukan kerja-kerja mengeluarkan tanah dari kolam ikan pati tersebut.
Beliau mengemudi jentera itu seorang diri serta tiada individu lain yang membantunya di situ.
“Ikan patin dah sold out (habis terjual), kita cuci kolam lah dulu sebelum nak boh (letak) benih patin baharu. Ghalit (khusyuk) dok tengok kato ka tu?,” katanya pada hantaran berkenaan.










