KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan tidak lebih sudu daripada kuah dalam memperjuangkan agenda tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pendirian Wan Ahmad Fayhsal berhubung isu berkenaan dilihat bercanggah dengan kritikan lantang beliau terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.Menurutnya, terdapat ironi apabila Wan Ahmad Fayhsal yang sebelum ini lantang mengkritik isu 1MDB kini dilihat memperjuangkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu."Negara dan generasi muda tidak lupa rekod penulisan beliau sebelum ini yang sangat ekstensif, tajam dan lantang di media sosial serta portal analitis."Kupasan beliau yang secara khusus membongkar struktur hutang 1MDB, isu bon Goldman Sachs dan peranan syarikat cengkerang untuk menyeleweng dana rakyat adalah manifestasi idealisme anak muda yang tidak sepatutnya dicairkan, diubah hala atau dikompromikan hari ini demi sebarang perkiraan politik jangka pendek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini menyatakan kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah.Ujar beliau, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Machang itu turut mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab kerajaan, termasuk pihak yang mengarahkan Ketua Pengarah Penjara menghentikan proses pemindahan yang sedang berjalan.Selain itu, beliau mempersoalkan peruntukan undang-undang yang membolehkan AGC menangguhkan pelaksanaan perintah pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut meminta penjelasan sama ada Perdana Menteri atau mana-mana Menteri terlibat atau dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan berkenaan dibuat.Harris berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendesak kerajaan memberikan penjelasan berhubung isu penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib."Wan Ahmad Fayhsal juga perlu mengelakkan diri daripada dilihat lebih cenderung daripada UMNO sendiri dalam memperjuangkan agenda membabitkan individu yang dikaitkan dengan krisis integriti terbesar negara."Fokus perjuangan dan jati diri politik anak muda seharusnya jelas dengan berpaksikan penolakan terhadap sebarang bentuk salah laku rasuah serta penyelewengan dana awam," katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan ARMADA tetap menghormati keputusan Lembaga Pengampunan dan pelaksanaannya mengikut ketetapan serta prosedur yang sah."ARMADA menegaskan bahawa kritikan dan pembuktian ketidakselarasan pendirian terhadap Wan Ahmad Fayhsal sama sekali tidak mempertikaikan kuasa mut
Wan Ahmad Fayhsal jangan lebih sudu daripada kuah - Ketua Penerangan Armada

Key takeaways
Ketua Penerangan Armada mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal agar tidak melampaui batas dalam memperjuangkan isu tahanan rumah Najib.
- Wan Ahmad Fayhsal dikritik kerana pendiriannya yang bertentangan dengan kritikannya terhadap isu 1MDB.
- Ketua Penerangan Armada menegaskan idealisme Wan Ahmad Fayhsal tidak sepatutnya dikompromikan demi kepentingan politik jangka pendek.
- Wan Ahmad Fayhsal meminta kerajaan menjelaskan keputusan menghentikan pemindahan Najib ke tahanan rumah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Jangan lengahkan tahanan rumah Najib - Ahmad Zahid
- Harian Metro Jangan lengahkan tahanan rumah Najib - Ahmad Zahid
- Free Malaysia Today Najib: Jangan lebih sudu daripada kuah, Pemuda Bersatu beritahu Wan Fayhsal
- Sinar Harian Wan Ahmad Fayhsal jangan lebih sudu daripada kuah - Ketua Penerangan Armada (this story)








