BESUT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berdepan detik hitam apabila dipercayai menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sendiri di Kampung Raja, di sini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa bertindak mendedahkan kejadian tersebut dengan mengadu kepada ahli keluarganya.Menurutnya, susulan pendedahan itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 8 November berhubung kes rogol berkenaan."Bertindak atas maklumat, suspek berusia 40 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa berjaya ditangkap pada jam 2.45 petang di rumahnya di Kampung Raja bagi membantu siasatan."Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine."Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah serta jenayah," katanya pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.Tambahnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan."Polis Daerah Besut memandang serius sebarang bentuk jenayah seksual terutamanya yang melibatkan kanak-kanak."Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak serta segera membuat laporan kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang bentuk penderaan atau gangguan seksual," tegas beliau.
Lelaki miliki 11 rekod lampau ditahan rogol anak saudara

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana didakwa merogol anak saudaranya yang berusia 14 tahun di Kampung Raja.
- Suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
- Hasil ujian mendapati suspek positif mengambil Methamphetamine.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan sebatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lelaki miliki 11 rekod lampau ditahan rogol anak saudara (this story)








