Jeram: Hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk tiga kampung berdepan detik cemas apabila air naik mendadak dalam tempoh kira-kira 30 minit sehingga memasuki kediaman mereka.

Penduduk Kampung Bukit Hijau, Asmidah Zailani, 38, berkata, hujan bermula jam 5 petang Khamis lalu sebelum masuk ke dalam rumah kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, keadaan berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam rumah, termasuk peti sejuk dan buku sekolah anak.

"Air datang terlalu cepat, dalam masa kira-kira 30 minit sahaja sudah masuk ke dalam rumah. Kami tidak sempat mengangkat barang kerana air naik mendadak.