Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menutup aksi Grand Prix (GP) Qatar dengan menduduki tempat ketujuh, sebentar tadi.
Mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI, Hakim Danish menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 7.315 saat (s) di belakang pemenang, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP.
Almansa mengungguli perlumbaan selepas mencatat masa keseluruhan terpantas 33 minit 09.479s manakala pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez, terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan 2.516s.
Pentas podium dilengkapkan pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.








