Kuala Terengganu: Selepas tujuh tahun menanggung derita akibat penyakit saraf dikenali Adrenoleukodystrophy X-Linked, Ahmad Arfan Farhat Mohd Basir atau nama manjanya Arfan meninggal dunia, hari ini.

Bapanya, Mohd Basir Mohd Nor, 44, berkata, Arfan yang berusia 16 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Menurut Mohd Basir, jenazah anaknya sudah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Duyung Besar, di sini selepas Zuhur tadi.

"Anak saya meninggal dunia di rumah dan sebelum itu, isteri sempat memberinya minum susu.