MUNICH: Bayern Munich berdepan tamparan hebat apabila penjaga gol berpengalaman, Manuel Neuer mengalami koyak separa tendon di kaki kanan ketika membantu pasukannya menewaskan Mainz 2-1 dalam aksi Bundesliga, semalam.
Kelab itu mengesahkan kecederaan berkenaan menerusi kenyataan pada hari ini, namun tidak menetapkan tempoh masa yang diperlukan penjaga gol berusia 40 tahun itu untuk kembali beraksi.
Bagaimanapun, akhbar Jerman, Bild melaporkan Neuer dijangka terpaksa berehat kira-kira dua bulan susulan kecederaan berkenaan.
Neuer terpaksa dikeluarkan sebelum tamat babak pertama selepas kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini kembali mengganggu aksinya.









