Ampang: "Saya terkejut dengan berita ini. Setahu saya dia sudah nampak berbeza kerana dia mula bersenam walaupun saya tahu sebelum ini dia sudah lama sakit.
"Ibunya (Uji Rashid) memang sudah banyak membantunya dan saya juga selalu mengambil tahu tentang keadaannya," kata penyanyi Maman Teacher's Pet mengulas kematian Cico Harahap.
Maman atau nama sebenarnya, Rosman Lamri bagaimanapun tidak menolak ketentuan dan perancangan Allah terhadap Cico.
"Kita semua tahu, kalau Allah mahu mengambil seseorang daripada kita, tiada siapa yang tahu bila waktunya. Jadi, masa yang paling berharga ialah masa yang Allah berikan kepada kita.









