AMPANG: Anak kepada penyanyi dan pelakon, Cico Harahap, Rindu Nur Fitrah, 18, meluahkan rasa terkilan apabila tidak berpeluang berada di sisi bapanya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Rindu berkata, dia terkejut sebaik tiba di hospital apabila mendapati bapanya sudah meninggal dunia. Malah, dia tidak menyangka akan kehilangan insan tersayang itu dalam keadaan sedemikian.
Menurutnya, tiada pesanan terakhir yang sempat disampaikan Allahyarham kepadanya memandangkan keadaan bapanya ketika itu terlalu uzur untuk berkata-kata.
“Ketika saya tiba di hospital, memang saya sangat terkejut. Doktor ada menghubungi tetapi saya tidak sempat mengangkat panggilan telefon tersebut kerana sedang sibuk.









