REMBAU – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah tiga tabung masjid di Kampung Seberang Batu Hampar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Ngiam Ooi Ming berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau kira-kira pukul 2.20 petang tadi.
Menurut beliau, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.03 pagi selepas tabung masjid berkenaan didapati dipecah masuk.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 pagi hingga 4.30 pagi apabila suspek memasuki masjid dengan cara mengumpil pintu gelangsar di bahagian belakang.









