SHAH ALAM - Seorang pemilik studio seni kerugian hampir RM2,000 selepas premisnya di Bandar Bukit Tinggi, Klang dipercayai dipecah masuk tiga lelaki tempatan pada 24 Oktober lepas.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian 4.20 pagi itu ketiga-tiga suspek dipercayai bertindak mengumpil pintu jeriji dan pintu kayu studio berkenaan sebelum melarikan barangan milik pengadu."Bertindak atas maklumat, pada 27 Oktober polis telah membuat tangkapan terhadap tiga lelaki berusia lingkungan 22 hingga 30 tahun. Kesemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Jit Huey berkata kesemua suspek kini direman tiga hari hingga 31 Oktober ini bagi membantu siasatan.Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Nurman Amri Abdul Rahman di talian 011-11559066, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222, atau mana-mana balai polis berdekatan.Kes disiasat di bawah seksyen 457 kanun keseksaan - Bernama
Tiga ditahan bantu siasatan kes pecah masuk studio seni di Klang

Key takeaways
Tiga lelaki tempatan ditahan polis untuk membantu siasatan kes pecah masuk studio seni di Bandar Bukit Tinggi, Klang, yang menyebabkan kerugian hampir RM2,000 kepada pemilik premis.
- Kejadian berlaku pada 24 Oktober lalu apabila suspek mengumpil pintu jeriji dan kayu studio.
- Tiga suspek berusia 22 hingga 30 tahun mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.
- Kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 31 Oktober bagi membantu siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tamim Dahri antara tiga ditahan pecah patung kuil
- Sinar Harian Tiga ditahan bantu siasatan kes pecah masuk studio seni di Klang (this story)









