Satu pusara didakwa mengalami mendapan tanah sehingga membentuk lubang, dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Ipoh.
Key takeaways
Sebuah pusara di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Ipoh, mengalami mendapan tanah sehingga berlubang, menurut video yang dikongsi pengguna Threads.
- Pusara seorang lelaki yang meninggal pada Januari 2021 mengalami mendapan tanah.
- Pengguna Threads meminta waris untuk melihat keadaan pusara tersebut.
- Komen pengguna menyatakan tanah mendap boleh berlaku di tanah perkuburan dan memerlukan masa untuk stabil.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA – Satu pusara didakwa mengalami mendapan tanah sehingga membentuk lubang, dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Ipoh.
Menerusi video dikongsikan pengguna Threads Tuandenan, dia memuat naik keadaan pusara seorang lelaki yang meninggal dunia pada Januari 2021 ketika Allahyarham berusia 73 tahun.
“Waris tolong datang ke Gurap ni, tengok ni dah berlubang dah, dalam ni,” kata lelaki tersebut.
Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas termasuk daripada pengguna Threads Mohd Khairi Mohd Noor yang dipercayai mengenali waris Allahyarham.