Rembau: Seorang lelaki tidak sempat belanja wang RM500 yang dicurinya daripada tabung masjid apabila ditahan kira-kira 12 jam selepas kejadian, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming, berkata pada jam 9.03 pagi polis menerima laporan berkaitan kejadian pecah tabung masjid Kampung Seberang Batu Hampar, di sini.
"Kejadian disyaki berlaku antara jam 2 pagi hingga 4.30 pagi.
"Suspek disyaki masuk dengan cara mengumpil pintu gelangsar belakang masjid dan mengumpil serta memotong mangga pada tiga tabung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.









