Shah Alam: Beberapa jalan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, dinaiki air susulan hujan lebat petang tadi.
Menerusi perkongsian pengguna di Threads, antara kawasan yang dinaiki air adalah jalan utama, komersial serta serta kawasan perumahan.
Difahamkan, hujan selama satu jam itu menyebabkan air bertakung sekaligus membanjiri jalan serta kawasan komersial berdekatan.
Pengguna turut mempersoalkan bagaimana kawasan yang mempunyai saliran longkang terlalu cepat dinaiki air sedangkan paras air sungai berdekatan masih terkawal.










