KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar Puncak Alam, Selangor dilanda banjir kilat petang ini susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan beberapa laluan dinaiki air.
Antara kawasan dilaporkan terjejas ialah sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Alam Suria dan Saujana Utama, Sungai Buloh.
Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Jalan Meru menghala Puncak Alam, berhampiran simpang Kampung Bukit Cerakah.
Rakaman video diterima menunjukkan jalan raya dan kawasan parkir berhampiran bangunan UiTM Puncak Alam digenangi air keruh, manakala beberapa kenderaan berada di kawasan berkenaan.








