Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang petang semalam susulan hujan lebat, dengan Kampung Melayu Subang di Shah Alam paling teruk terjejas. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Banjir kilat di Shah Alam, Selangor, semalam yang merosakkan harta benda dan menyebabkan beberapa penduduk terpaksa berpindah, merupakan kesan daripada aktiviti penebangan hutan di kawasan itu, kata sebuah kumpulan alam sekitar hari ini.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) berkata penduduk sudah menyuarakan kebimbangan sejak 2020, khususnya berhubung kerja-kerja pembersihan hutan di Bukit Cerakah yang telah dinyahwartakan sebagai hutan simpan.

Presiden Peka, Rajesh Nagarajan, berkata Hutan Komuniti Shah Alam seluas 174 hektar, antara kawasan hutan hujan tanah pamah yang masih berbaki di Shah Alam, yangn terus berdepan ancaman pembangunan.