SHAH ALAM – Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mahsa University bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan.
MoU itu menjadi langkah penting dalam usaha kedua-dua institusi meneroka peluang kerjasama yang berpotensi memberi manfaat kepada bidang pendidikan, pembangunan profesional serta sektor kesihatan.
Kerjasama berkenaan turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi kepakaran, membina jaringan profesi









