Jakarta: Seorang kru masih hilang selepas sebuah helikopter pemadam kebakaran terhempas ke dalam Sungai Barito di wilayah Kalimantan Selatan pada Ahad, meskipun laporan rasmi sebelum ini menyatakan ketiga-tiga individu di dalamnya terselamat.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Berton Panjaitan berkata hanya dua kru berjaya diselamatkan, sekali gus membetulkan maklumat awal agensi itu bahawa kesemua mangsa selamat.

Beliau mengenal pasti kru yang hilang sebagai Yayan Supyansuri, warganegara Indonesia yang bertugas sebagai pegawai pendaratan helikopter, manakala dua juruterbang warga Australia yang terselamat telah menerima rawatan perubatan.