HULU KLANG: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah peritnya hakikat yang perlu diterima penyanyi legenda, Uji Rashid, 73, apabila anak kesayangan, Allahyarham Cico Harahap, 48, menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang melawan penyakit.

Meskipun pada awalnya sukar menerima hakikat itu, Uji atau nama sebenar, Fuziah Haroun Al Rashid, akhirnya cuba reda dengan ketentuan Ilahi, selain berharap orang ramai terus mendoakan kesejahteraan arwah anaknya.

Uji berkata, dia masih bergelut menerima kehilangan insan tersayang itu, namun cuba menguatkan hati dengan mengingatkan diri bahawa setiap insan adalah pinjaman daripada Allah SWT.

"Saya masih sukar terima hakikat pemergiannya. Namun, ada saudara-mara dan rakan yang mengingatkan saya supaya reda dengan ketentuan Tuhan.