PAS sasar tanding sekurang-kurangnya empat kerusi pada PRN Sarawak. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: PAS dijangka terus berdepan laluan sukar meluaskan pengaruhnya di Sarawak kerana sokongan kukuh masyarakat Melayu-Melanau Islam terhadap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), selain sentimen memihak kepada semangat tempatan, kata penganalisis.
Felo Akademi Sains Malaysia Jayum Jawan berkata masyarakat Melayu-Melanau Islam tidak mempunyai alasan kukuh beralih kepada PAS kerana kepentingan mereka sudah lama diwakili PBB.
“Setakat ini, tiada sebab Melayu-Melanau-Muslim memilih parti lain kerana kepentingan mereka terjaga oleh PBB dan kepimpinan Melayu-Melanau selama enam dekad, sejak 1970,” katanya kepada FMT.







