DOHA: Malaysia menggesa supaya kedaulatan setiap negara dihormati dalam menentukan dasar telekomunikasi, sambil memberikan amaran ancaman 'kolonialisme teknologi', yang menyaksikan pihak lebih maju dari segi teknologi menentukan cara negara lain membangunkan dan menggunakan infrastruktur digital mereka.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata setiap negara perlu mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju teknologinya sendiri, khususnya ketika persaingan geopolitik dan ekosistem teknologi yang saling bersaing semakin mempengaruhi pembangunan telekomunikasi global.
"Tidak seharusnya wujud keadaan kolonialisme teknologi, iaitu apabila sesebuah negara lebih maju menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta dilaksanakan oleh negara lain.









