Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyertai perbincangan panel peringkat menteri pada Mobile World Congress (MWC) Doha 2026. (Bernama pic)DOHA: Malaysia menggesa supaya kedaulatan setiap negara dihormati dalam menentukan dasar telekomunikasi, sambil memberikan amaran tentang ancaman 'kolonialisme teknologi', yang menyaksikan pihak lebih maju menentukan cara negara lain membangunkan dan menggunakan prasarana digital.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setiap negara perlu mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju teknologi sendiri, khususnya ketika persaingan geopolitik dan ekosistem teknologi yang saling bersaing semakin mempengaruhi pembangunan telekomunikasi global.

"Tidak seharusnya wujud keadaan kolonialisme teknologi, iaitu apabila sesebuah negara lebih maju menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta dilaksanakan oleh negara lain.