Pengerusi CILTM Sabah Daniel Doughty berkata, usaha kekal atau pindah KKIA perlu dibuat menerusi penilaian yang ketat, ambil kira kos pembangunan, keperluan pembiayaan, kesan terhadap alam sekitar dan implikasi ekonomi jangka panjang.LABUAN: Masa depan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) – sama ada dikekalkan, dinaik taraf atau dipindahkan – mesti ditentukan menerusi penilaian komprehensif terhadap daya maju ekonomi, kapasiti operasi dan manfaat jangka panjangnya kepada Sabah.
Pengerusi Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sabah Daniel Doughty berkata, keputusan mengenai pintu masuk penerbangan utama negeri itu seharusnya dibuat berdasarkan bukti yang boleh dipercayai dan penilaian yang seimbang, dan bukannya pendirian yang telah ditetapkan lebih awal.






