Pengerusi PH Melaka Adly Zahari pada satu majlis komuniti di Bukit Katil, kawasan DUN yang akan cuba dipertahankannya buat penggal ketiga. (Gambar Facebook)MELAKA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka akan datang tidak semestinya menjamin peralihan undi secara menyeluruh dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan, walaupun di atas kertas ia dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari berkata, hal ini kerana penyokong kedua-dua gabungan tidak semestinya menerima kerjasama itu, selain faktor pengundi baharu yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Beliau berkata, sebahagian pengundi PN sebelum ini memilih gabungan itu kerana tidak mahu mengundi BN, justeru kerjasama tersebut mungkin memberi kesan terhadap sokongan sedia ada.






