PH pergiat usaha meraih sokongan pengundi muda menerusi pendekatan bersasar, kata Ketua Pemuda PKR Kamil Munim. (Gambar Bernama)ALOR GAJAH: Pakatan Harapan (PH) mempergiat usaha meraih sokongan pengundi muda, khususnya yang kali pertama mengundi, menerusi pendekatan kempen lebih bersasar termasuk penggunaan media sosial dan pertemuan secara bersemuka pada PRN Melaka.

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata pendekatan kempen perlu disesuaikan dengan perubahan kaedah komunikasi masa kini, terutama dalam mendekati golongan muda yang lebih terdedah kepada penggunaan media sosial.

"Walaupun media sosial penting sebagai medium kempen, pendekatan tradisional menerusi pertemuan secara langsung dengan pengundi tidak boleh diketepikan.