Masjid Tanah: Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menyifatkan pengundi muda sebagai golongan yang perlu diberikan perhatian dalam usaha Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi Barisan Nasional Melaka itu berkata, perkara itu penting kerana golongan itu mampu menyumbang kepada sebahagian besar daripada jumlah undi.
"Pengundi muda adalah diaturkan untuk menjadi pemimpin masa depan. Jadi, masa pilihan raya ini, mereka jangan tersalah pilih.
"Jadi, jaga apa yang dah ada sekarang supaya nanti mereka dapat meniti jambatan daripada apa yang dibuat oleh rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang stabil dan bijaksana," katanya ditemui selepas ceramah kempen Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Kampung Balik Batu, di sini, hari ini.








