Kuala Lumpur: MARA akan memperluaskan penawaran dan peluang tajaan pendidikan ke Türkiye dalam pelbagai bidang strategik.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga akan memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan syarikat dan pemain industri terkemuka di negara itu.

Katanya, ini termasuk pemain industri yang sudah dan bakal melabur di Malaysia bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Alhamdulillah, selesai dua hari lawatan kerja rasmi MARA ke Istanbul, Türkiye bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.