BRIGHTON: Brighton terus mencuri tumpuan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Amex, sekali gus memintas Manchester City untuk menduduki tangga kedua liga.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Fabian Hurzeler mengumpul 22 mata selepas mengharungi 10 perlawanan dan hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Brighton membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi aksi menarik Diego Gomez yang melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol pelawat.

Cabaran Brentford bertambah sukar apabila penyerang mereka, Igor Thiago dilayangkan kad merah pada pertengahan babak pertama selepas melakukan kekasaran terhadap Chema Andres susulan semakan video bantuan pengadil (VAR).