Liverpool: Juara bertahan, Arsenal merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL dengan kelebihan tiga mata selepas gol awal Kai Havertz memastikan kemenangan 1-0 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi.
Penyerang Jerman itu menolak masuk hantaran lintang rendah Declan Rice pada minit ke-16 selepas tuan rumah kehilangan bola ketika cuba membina serangan dari kawasan pertahanan sendiri.
Liverpool memberikan tindak balas sengit menjelang rehat apabila sepakan percuma Florian Wirtz melencong mengenai palang, manakala tandukan Alexis Mac Allister melepasi palang.
Namun, Arsenal berjaya menyerap tekanan itu dan bertahan dengan cemerlang untuk mengekang Liverpool sepanjang babak kedua, sekali gus meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris di Anfield dalam tempoh 14 tahun.






