LONDON: Sunderland mencipta kejutan apabila menewaskan Chelsea 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium of Light, sekali gus memastikan tiga mata penuh.
Jaringan tunggal Enzo Le Fee menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Sunderland dalam pertembungan menentang gergasi London itu.
Sunderland yang beraksi di hadapan penyokong sendiri memanfaatkan peluang terhidang untuk mendahului perlawanan sebelum berjaya mempertahankan kelebihan berkenaan sehingga tamat aksi.
Chelsea yang turun dengan misi memburu kemenangan bagaimanapun gagal mencari gol penyamaan meskipun berusaha meningkatkan tekanan ke arah kubu tuan rumah.








