TOKYO: Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Kozo Tashima, menyifatkan kelemahan tadbir urus sebagai masalah terbesar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ketika mengumumkan hasrat mencabar penyandang, Gianni Infantino, pada pemilihan presiden badan induk itu tahun depan.

Tashima, 68, yang mengumumkan pencalonannya Khamis lalu, turut menganggarkan peluangnya untuk menewaskan Infantino sekitar 20 hingga 30 peratus, namun bertekad meningkatkan keyakinan sepanjang kempen berlangsung.

Jika berjaya, beliau bakal menjadi calon pertama dari Jepun yang merebut jawatan tertinggi dalam badan pentadbir bola sepak dunia itu.

Bekas pemain kebangsaan Jepun itu sudah berkhidmat dalam Majlis FIFA sejak 2015 sebelum dilantik sebagai presiden JFA pada tahun berikutnya, jawatan yang disandang sehingga digantikan Tsuneyasu Miyamoto pada 2024.