Istanbul: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak seharusnya wujud sebarang taktik melengah-lengahkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas pembayaran denda sebanyak RM50 juta dibuat.
Beliau berkata, UMNO berpegang teguh kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, sambil menegaskan bahawa kuasa berkenaan adalah kuasa mutlak baginda seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu sudah diputuskan dengan jelas dan perlu dipatuhi semua pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Walaupun ada pihak mempersoalkan usaha kutipan dana yang dilakukan UMNO sejak sekian lama, ia sebenarnya adalah usaha bersama daripada pihak kami.








