GUA MUSANG – Kuil Sri Subramanyaswany di pinggir gua batu kapur di sini menjadi tumpuan penganut Hindu dari pelbagai negara termasuk warga asing yang bekerja di sektor perladangan untuk meraikan sambutan Hari Deepavali hari ini.
Kehadiran lebih 100 komuniti India dan penganut dari luar negeri serta negara memeriahkan suasana di rumah ibadat itu apabila mereka mula hadir seawal pagi bagi menunaikan upacara keagamaan.
Seorang pengunjung, K. Ramakrishnan, 71, berkata, sambutan tahun ini meriah dengan kehadiran penganut bukan sahaja dari Gua Musang, malah warga asing dari Nepal, India dan Bangladesh.
“Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk warga asing yang bekerja di ladang sekitar daerah ini.










