KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Johor dan Melaka.Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat dan Pedalaman merangkumi Keningau, Pensiangan, Tambunan dan Sook, Kudat, Sandakan (Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Tongod dan Telupid) dan Tawau (Kalabakan dan Tawau).Cuaca sama turut diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Temerloh, Pulau Tioman, Bera dan Rompin, serta Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Jempol, Tampin, Seremban, Rembau dan Kuala Pilah. - Bernama
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri

Key takeaways
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lima negeri hingga 3 petang ini.
- MetMalaysia meramal cuaca buruk melanda Johor dan Melaka.
- Di Sabah, kawasan Pantai Barat dan Pedalaman akan terjejas.
- Kawasan terlibat termasuk Keningau, Pensiangan, Tambunan dan Tawau.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F324342324324342342b_869807.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
