Melaka: PKR mengingatkan semua calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tidak bersikap 'besar kepala' atau berasa memiliki kelebihan hanya kerana mereka mewakili parti pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, sebaliknya parti itu mahu menyemarakkan proses demokrasi di Melaka dengan penuh rasa rendah diri, termasuk mencuba nasib sebagai pasukan 'underdog'.

Namun, Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengakui kedudukan PKR sebagai parti pimpinan Perdana Menteri turut mewujudkan tekanan tersendiri untuk meraih kemenangan dan memperoleh kerusi di Melaka.

"Tekanan itu sentiasa ada. Tapi kita ubah tekanan terbabit sebagai satu cabaran. Kalau kita fikir jangka masa panjang, kita fikir dengan strategi yang lebih atau pendekatan kepada pilihan raya kali ini, boleh membantu kita berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.