Kota Melaka: Sebarang tindakan atau prosiding tatatertib terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan diputuskan Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehingga kini pelbagai aduan diterima daripada rakan komponen gabungan itu berhubung tindakan BERSATU yang didakwa melanggar etika perlembagaan gabungan itu.

"Kita mendapat aduan daripada rakan-rakan komponen khususnya membabitkan pelbagai masalah disiplin dan salah laku parti berkenaan. Aduan begitu tentu akan dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN.

"Kita tunggu apabila selepas Pilihan Raya Negeri Melaka ini, bagaimana langkah seterusnya dilakukan," katanya.