MEXICO CITY: Tesla akan menambah satu lagi syif pengeluaran bagi memastikan semua tempahan Cybertruck yang masih tertunggak dapat diselesaikan sebelum barisan pengeluarannya dihentikan tahun depan bagi memberi laluan kepada rancangan meningkatkan pengeluaran Cybercab, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk.

"Jumlah tempahan Cybertruck yang masih tertunggak ketika ini jauh melebihi kemampuan Tesla untuk disiapkan sebelum barisan pengeluaran itu ditamatkan bagi memberi laluan kepada peluasan pengeluaran Cybercab sekitar Jun atau Julai tahun depan," kata Musk dalam satu hantaran di platform X.

"Kami akan menambah satu lagi syif bagi cuba menyelesaikan semua tempahan mengikut jadual," katanya.