KOTA BHARU: Agensi penguatkuasaan sempadan memperketatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan susulan kebimbangan terhadap peningkatan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui laluan laut dan darat.
Satu operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan diketuai pihak polis diadakan pada 7 November lalu.
Langkah itu bagi menangani isu pemerdagangan manusia, penyeludupan migran serta aktiviti jenayah rentas sempadan yang lain.
Menurut sumber keselamatan, operasi dijadualkan berlangsung sehingga 20 November ini turut disertai agensi lain termasuk Jabatan Imigresen dan Polis Marin.








