KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan seluruh Terengganu hingga Rabu ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran itu melibatkan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan.Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala amaran meliputi seluruh Terengganu.Sementara itu, di Sabah, amaran hujan berterusan diramal mulai esok hingga Rabu, melibatkan Kudat serta Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan).Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca.Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. - Bernama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri

Key takeaways
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Rabu ini.
- Amaran melibatkan kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan Terengganu.
- Kawasan terlibat termasuk Tanah Merah, Kuantan, Kudat dan Sandakan.
- Orang ramai digalakkan mengikuti maklumat cuaca melalui laman web dan aplikasi rasmi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Amaran hujan berterusan di empat negeri hingga 11 November
- Sinar Harian Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri (this story)







