Seoul: Pemain nombor satu dunia, An Se-young membuktikan dominasinya dalam badminton wanita apabila merangkul gelaran ke-11 musim ini selepas menjuarai Terbuka Korea di Yeosu, hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan pemain nombor dua dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi 21-12, 15-21, 21-16 pada aksi final untuk meneruskan rekod tanpa kalah sejak Mac lalu.
Kejayaan itu sekali lagi mengukuhkan kedudukan Se-young sebagai pemain paling dominan musim ini, namun mengakui perlu kekal berwaspada ketika berdepan Yamaguchi yang sentiasa mampu memberikan tentangan sengit.
"Dia pemain yang sentiasa mampu memastikan jurang mata kekal rapat. Jadi, saya cuba mengekalkan intensiti permainan sehingga tamat perlawanan," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).






