KOTA MELAKA - Perikatan Nasional (PN) akan meneliti dan mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan salah laku serta masalah disiplin membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sudah menerima aduan daripada rakan komponen berhubung beberapa isu disiplin yang didakwa melibatkan parti berkenaan.Menurutnya, semua aduan itu akan dibawa untuk dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN bagi menentukan tindakan selanjutnya mengikut prosedur ditetapkan."Kita mendapat aduan daripada rakan komponen khususnya berkaitan pelbagai masalah disiplin yang dikategorikan sebagai salah laku parti berkenaan."Apabila ada aduan seperti itu, sudah tentu ia akan dibincangkan dalam MPT. Kita tunggu sehingga PRN selesai untuk melihat langkah seterusnya yang akan diambil," katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat Bilik Gerakan PN DUN N19 Kesidang di Malim Jaya di sini pada Ahad.Ahmad Samsuri berkata, PN perlu bergerak berdasarkan aduan dan bukannya sentimen lain.Ujar beliau, setiap aduan perlu disertakan bukti kukuh termasuk rakaman video, audio atau dokumen bertulis bagi membantu pihaknya membuat keputusan sewajarnya.
Aduan terhadap Bersatu dibawa ke MPT selepas PRN Melaka

Key takeaways
Perikatan Nasional akan mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan disiplin Bersatu selepas PRN Melaka.
- PN akan teliti aduan tentang salah laku Bersatu selepas PRN Melaka.
- Aduan akan dibincangkan dalam MPT PN untuk tindakan lanjut.
- Setiap aduan perlu disertai bukti seperti video atau dokumen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PN akan ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu - Takiyuddin
- Sinar Harian Aduan terhadap Bersatu dibawa ke MPT selepas PRN Melaka (this story)







