Melaka: Pengalaman luas calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, diyakini mampu membawa perubahan kepada kawasan itu sekiranya diberi mandat pada 14 November ini.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata rekod prestasi baik yang ditunjukkan Azman dalam setiap jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini menjadi antara kekuatan calon PH itu.

"Alhamdulillah, dalam suasana Deepavali ini, saya berharap cahaya perayaan ini dapat menerangi segala kegelapan dan membawa semangat baharu.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sokongan kepada calon kita di Paya Rumput, Datuk Azman Abidin. Ramai yang mengenalinya dan beliau sudah lama dalam perjuangan PKR.