KUALA LUMPUR - Seramai 196 individu bawah umur ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dipercayai beroperasi tanpa lesen sah di ibu negara pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, daripada jumlah pengunjung bawah umur yang ditahan, 94 lelaki dan 61 perempuan merupakan warga tempatan.Beliau berkata, baki 41 individu bawah umur terdiri daripada 16 lelaki dan 25 perempuan warga asing."Selain itu, pemeriksaan turut melibatkan 89 lelaki dan 75 perempuan warga tempatan serta 43 lelaki dan 12 perempuan warga asing."Polis turut memeriksa seorang lelaki yang merupakan pengurus premis serta 12 pekerja lelaki dan empat pekerja perempuan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, seramai 196 pengunjung bawah umur dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan saman, dokumentasi dan tindakan lanjut.Ujarnya, hasil semakan mendapati kesemua individu yang diperiksa tidak mempunyai rekod dikehendaki polis."Bagaimanapun, saringan awal air kencing terhadap 49 individu mendapati seorang positif dadah jenis Amphetamine (AMP) dan Methamphetamine (MET), manakala selebihnya negatif."Polis turut menjalankan siasatan terhadap pengurus premis mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan," katanya.Tambahnya, operasi itu mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Kuala Lumpur, dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara."Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
196 pengunjung bawah umur dicekup dalam serbuan pusat hiburan

Key takeaways
Seramai 196 individu bawah umur ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Kuala Lumpur pada Ahad. Kesemua yang diperiksa tidak mempunyai rekod dikehendaki.
- Serbuan dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah malam oleh polis IPD Dang Wangi.
- Polis turut memeriksa pengurus premis serta 16 orang pekerja.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Penjara lelaki rogol gadis bawah umur ditambah dari 10 ke 15 tahun
- Free Malaysia Today 7 ditahan dalam serbuan tengah malam
- Sinar Harian 196 pengunjung bawah umur dicekup dalam serbuan pusat hiburan (this story)








