MELAKA: Sebanyak 23 loji rawatan kumbahan (LRK) di Melaka bakal dinaik taaf dengan peruntukan RM35 juta daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), masing-masing membabitkan 11 loji di Jasin dan Alor Gajah serta sebuah loji di Melaka Tengah.
Ketua Pegawai Operasi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Mohd Taufik Salleh, berkata pelaksanaan kesemua projek berkenaan akan memberi manfaat kepada 29,011 penduduk.
"Loji di Jasin dijangka memberi manfaat kepada lebih 13,216 penduduk setara (PE) manakala loji di Alor Gajah akan memberi manfaat kepada lebih 14,125 PE," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melancarkan projek di Jasin semalam manakala projek di Alor Gajah dilancarkan hari ini.








