Kuala Lumpur: Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato'- Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim semalam, membawa makna mendalam buatnya.
Ia menjadi pengiktirafan bermakna terhadap khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan anak jati Kampung Kuantan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor, kepada pembangunan negeri, negara serta masyarakat.
WTCKL dalam kenyataan memaklumkan, pengurniaan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap komitmen dan pembabitan berterusan beliau dalam pelbagai bidang.
Ia terutama dalam memajukan industri acara perniagaan serta memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.








