Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan stor yang terbakar di Desa Pinggiran Putra, Sepang dekat Selangor, bukan di bawah kawalan atau tanggungjawab syarikat itu.

KTMB berkata, stor menempatkan aset dan pengurusan keselamatan itu sebaliknya berada di bawah pengurusan dan tanggungjawab kontraktor X-Rail Systems.

"Kontraktor X-Rail Systems adalah pelaksana Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pengangkutan (MoT).

"KTMB berharap orang ramai dan laporan media dapat memperbetul maklumat berhubung pemilikan dan pengurusan stor terbabit.